Thursday, February 17, 2011

Dr. Carson

Pernah dengar nama Benjamin Carson @ Dr. Carson?.....aku pun baru berkenalan dengan Dr. Carson ni. Tu pun secara kebetulan masa layan Astro Movie "Gifted Hands"..hmmm....bagi pelajar medic, mesti tahu kan siapa Dr.Carson.

Gifted Hands merupakan satu pengkisahan semula Benjamin Carson dari bangku sekolah sehinggalah menjadi seorang doktor yang terkenal..Dr Carson dilahirkan tahun 1951. Membesar bersama ibunya dan seorang abang yang kini merupakan seorang jurutera. Dr. Carson ialah seorang DOKTOR LA...hehe....nk thu cuba search http://en.wikipedia.org/wiki/Benjamin_Carson. 

                                           Dr. Carson

Dalam movie tu, maknya SONYA, merupakan seorang yang buta huruf. Setiap kali anaknya bertanya tentang kerja sekolah Sonya akan menjawab, " ibu perlu beli cermin mata baru, nanti barulah dapat ajar'. *Mak Dr. Carson speeking BI. Aku je yang translate BM..hehe

Suatu hari, Sonya balik dari tempat kerja.(kerja sebagai tukang cuci di rumah seorang professor), Bennie(Benjamin Carson) dan abangnya sedang menonton TV. Sonya tutup TV dan minta Bennie serta abangnya membaca 2 buah buku seminggu. Bukan sekadar baca, tetapi mereka perlu menghantar laporan bertulis pada ibunya. Pada masa yang sama, Bennie dan abangnya tidak tahu bahawa ibunya buta huruf. Setelah menghantar report, barulah Sonya mengizinkan anak-anaknya menonton TV. Namun, hanya 2 rancangan sahaja. Salah satunya rancangan macam S-I-R@Spell It Right..

Aku kagum dengan Sonya ni.. Walaupun buta huruf, tetap mempunyai motivasi yang tinggi untuk mendorong kejayaan anak-anaknya....hehe...malas nak cerita panjang2....nanti search la internet...Dr. Carson...

No comments:

Post a Comment