Thursday, February 17, 2011

Dr. Carson

Pernah dengar nama Benjamin Carson @ Dr. Carson?.....aku pun baru berkenalan dengan Dr. Carson ni. Tu pun secara kebetulan masa layan Astro Movie "Gifted Hands"..hmmm....bagi pelajar medic, mesti tahu kan siapa Dr.Carson.

Gifted Hands merupakan satu pengkisahan semula Benjamin Carson dari bangku sekolah sehinggalah menjadi seorang doktor yang terkenal..Dr Carson dilahirkan tahun 1951. Membesar bersama ibunya dan seorang abang yang kini merupakan seorang jurutera. Dr. Carson ialah seorang DOKTOR LA...hehe....nk thu cuba search http://en.wikipedia.org/wiki/Benjamin_Carson. 

                                           Dr. Carson

Dalam movie tu, maknya SONYA, merupakan seorang yang buta huruf. Setiap kali anaknya bertanya tentang kerja sekolah Sonya akan menjawab, " ibu perlu beli cermin mata baru, nanti barulah dapat ajar'. *Mak Dr. Carson speeking BI. Aku je yang translate BM..hehe

Suatu hari, Sonya balik dari tempat kerja.(kerja sebagai tukang cuci di rumah seorang professor), Bennie(Benjamin Carson) dan abangnya sedang menonton TV. Sonya tutup TV dan minta Bennie serta abangnya membaca 2 buah buku seminggu. Bukan sekadar baca, tetapi mereka perlu menghantar laporan bertulis pada ibunya. Pada masa yang sama, Bennie dan abangnya tidak tahu bahawa ibunya buta huruf. Setelah menghantar report, barulah Sonya mengizinkan anak-anaknya menonton TV. Namun, hanya 2 rancangan sahaja. Salah satunya rancangan macam S-I-R@Spell It Right..

Aku kagum dengan Sonya ni.. Walaupun buta huruf, tetap mempunyai motivasi yang tinggi untuk mendorong kejayaan anak-anaknya....hehe...malas nak cerita panjang2....nanti search la internet...Dr. Carson...

Dedalu Di Hati

DEDALU DI HATI....merupakan sebuah novel karya ANITA ARUSZI yang aku pinjam daripada Puan Anita Sang, guru senior di sekolah...jom sama2 baca sinopsis cerita ni.. :)

Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai daddy. Dia tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian. Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat di hatinya. Kerinduannya pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu. Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya ? 

Sinopsis ini dipetik dari novel Dedalu Di Hati. 
Best novel ni... walaupun tebal 791 halaman, tapi rasa macam tak sabar nak habiskan...hehehe...aku pun tak habis baca lagi..baru baca sampai page 583..hehee....:)

sy janji...percayalah

salam....lama tak update blog ni...sori sangat2 ye....sy janji akn update blog ni..walaupun sekarang dah bulan februari 2011...sy tetap nk ucapkan :
  • Selamat Tahun Baru
  • Selamat Kembali Ke Sekolah
  • Selamat Bertugas
  • Hepi Chinese New Year
  • Selamat Menyambut Maulidurrasul....:)
dengan ini sy berjanji pada diri sendiri, akan update blog ni demi followers yg disayangi...*hehe...macam la ramai sgt follower...heheee.....sy janji....tak tipu tau...awak percaya la ye...:)
*penulis menggunakan kata ganti SAYA sebagai menggambarkan rasa bersalah...hehe